23 Oktober 2023 - 16:36
'Iron Dome' gagal tangkis roket Hamas

KECAMAN demi kecaman dunia terhadap kekejaman Israel ternyata tidak dihiraukan oleh tentera zionis, sebaliknya mereka terus menghentam Semenanjung Gaza yang terkepung dengan pelbagai serangan udara.

Biarpun mendakwa serangan itu adalah tindak balas serangan tentera oleh kumpulan Palestin Hamas di wilayah Israel, namun kekejaman itu sudah menyebabkan lebih 470,000 orang kehilangan tempat tinggal dunia sehinggakan keadaan di Gaza disifatkan sebagai 'kubur dan malapetaka di semua peringkat'. Bukan setakat serangan udara, malah tindak balas zionis itu diburukkan lagi melalui pemotongan bekalan air dan elektrik ke Gaza, kepungan secara total itu menyebabkan bantuan luar tidak dapat masuk ke situ. Setakat ini, jumlah korban dalam konflik di Semenanjung Gaza sudah hampir mencecah kepada angka melebihi 3,5000 orang dilaporkan adalah penduduk Palestin.


342/